Saturday, November 21, 2009
Pening kepala
Tidur dah cukup, makan dah cukup, ubat dah makan apa lagi yang tak kena nih? Kepala pening berdenyut-denyut. Keje banyak, nak basuh segala macam mak nenek baju, basuh rumah baru (hehe) ni yang syok nih, berus baju sekolah anak (berlendir giler). Semangat mencanak-canak naik nak membereskan semua keje-keje tu. Teringat di tempat keje. Ada pegawai baru, boleh la meringankan beban aku yang tak tertampung dek badan. Dalam kepala mencongak-congak bagaimana aku nak menempatkan 3 orang pegawai sains termasuk aku untuk melajukan kerja-kerja ISO15189 disamping memperkasakan kerja-kerja kawalan kualiti makmal. Semangat mencanak-canak nih. Tengah mencongak-congak kepala mula terasa pening. Bahu mulai sakit, aku kene darah tinggi ke? Aduh inilah masalah aku, aku suka buat keje tapi aku tak berdaya. Kalau nak diikut badan aku ni, nak relax je, tak nak ada cabaran, sedangkan keinginan aku, aku sukakan cabaran. Mungkin tidak setiap masa, tapi dalam setahun ada 2 ke 3 kali cabaran atau suasana kerja yang lain dari yang lain.... Ya Allah tolonglah aku....
Subscribe to:
Comments (Atom)

