Tuesday, February 16, 2010
16 Febuari 2010
Audit lagi 3 bulan lebih. Masuk je tahun 2010 ada 20 projek yang aku mesti buat. Nak buat pembelian bahan kimia pun kene buat penilaian ke atas pembekal2. Penilaian bukan setakat kat kertas kerja je. Analisa sekali maa... seolah-olah macam buat penyelidikan. Jadi kalau diikutkan ada 1,2,3,4,5 haa ada 5 penyelidikan yang mesti disiapkan dlam masa dua tiga bulan nih.... Masalahnya pkul 10pg td aku start keje, dimusim cuti raya cina. Pkul 12.30 lapo sgt dah so aku makan. Smbung keje buat kertas keje je tuh smpi pkul 3.00. Berenti solat Zohor. Dah solat touch up sikit kertas keje tadi tu. Pas tu baru perasan kertas keje aku tak de markah. Jab Kw ni pun satu hal jugak, bagi contoh salah. KtJ dan KtU aku pulak asal salah, marah aku. Th all bukannya nak perihatin apa sebab kesilapan tu berlaku. Hai.... nasib badan. Syukur aku perasan TQ Allah, TQ Allah for Ur help. Berilah aku rahmatMu. Belalah nasibku yang malang ni di dunia dan terutamanya di Akhirat. Bila dah siap aku cadang nak solat asar pas tu sambung keje lain. Malangnya tangan n kaki aku dah kebas kesejukan cam tak de darah. Masa aku solat aku tak boleh rasa sangat kaki aku. Tahyat akhir aku rasa nak tumbang tapi aku tahankan juga. Pas solat aku naik atas pi cafe nak jemur badan. Duduk pun tak boleh tahan juga rasa macam nak tumbang. Kepala rasa macam nak masuk ke dunia lain je. Aku bangun pelan2, orang kat cafe heran tgk aku. Aku senyum je... try cover. Turun lab aku cakap kat Nazrul n Firdaus balik dulu. Minta Firdaus ambilkan handbag aku yang tak sampai 10m. Cepat2 mkn ubat. Masa ni rasa kalau mati biarlah dipangkuan suami dan anak2 ku. Kalau tak mati lebih baik sebab ada hutang perlu dilunaskan. Dalam hati nak minta Firdaus temankan aku ke kereta, tp tak tergamak memberitahu keadaan aku. Pelan-pelan aku jalan ke kereta yg jaraknya 20meter dari lab. Nak ikutkan jalan ni tak larat. Aku bayangkan aku dalam kebun kelapa sawit. Dipayungi pohon2 sambil sedikit zikir, dalam perjalanan ke kereta aku rasa semakin bertenaga. Rasa nak tumbang semakin menghilang. Begitulah aku.... :' ( . Ya Allah berilah aku daya n upaya. Laa haulawala qouwataillabillahila'liyila'zim. Tak pe lah @ least siap 1 keje dari 5 keje...syukur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
Kak Ti, kuatkan semangat. We need you...
Post a Comment